Kerjaya Nomad (penyanyi)

Nomad memulakan kerjaya muziknya dengan menjadi salah seorang peserta rancangan Keynote yang bersiaran di Astro Ria pada 2010. Beliau mula meraih kemasyhuran dalam industri muzik menerusi single sulungnya, "Tetap Menantimu" yang dijadikan sebagai lagu tema drama Love You Mr. Arrogant yang dibintangi oleh Azlee Khairi dan Zara Zya.

Beliau juga pernah berlakon dalam telefilem Salah Susuk Raya (2015) yang dibintangi oleh Bocey, Kilafairy dan Syatilla Melvin. Pada tahun 2016, Nomad berduet bersama Dayah Bakar menerusi lagu "Lebih Dari Terindah".[3][4]

Gegar Vaganza 2020

Nomad ialah salah seorang daripada 14 peserta Gegar Vaganza musim ketujuh yang turut disertai oleh Mus May, Yantzen, Ashira, Cliff Umar dan Noraniza Idris.[5] Berikut ialah senarai persembahan beliau:

Persembahan dan keputusan Gegar Vaganza 2020
KonsertTemaLaguPenyanyi asalKedudukan
Minggu 1Grand Konsert"Tetap Menantimu"NomadKe-5
Minggu 2Sama Naik"Bila Tiba"UnguKe-3
Minggu 3Cuba Try Test"Aku Skandal"HujanKe-8